Mami+Walid=Naufal

Wednesday, January 25, 2012

Naufal Sudah 7 Bulan~


hello hello~
my baby Naufal is currently 7 months now..and he's getting bigger...and smarter...and handsome-r...hehehe...biasalah kan, mummy puji anak bujang sendiri..hehehe...banyak da akal budak kecik ni...makin besar, makin banyak lak kerenah dia..tapi, mummy okeh je..hehehe...adala jugak teman nak bergaduh, nak ketawa time walid sibuk...

nak share sket perkembangan Naufal sampai hari ni



ChicKeN PoX

Naufal da kena ciken pox masa umo 5 bulan setengah dulu..lama jugakla mummy kena cuti skali sebab nak make sure dia bebetul okeh..nak anta umah BS pun tak bleh sbb takut jangkit ke sape2 lak nanti kan..tapi sepanjang demam ni Naufal baik je...takdela merengek tak tentu hala, cuma time dia rasa gatal je baru dia menangis..cepat2la mummy sapu calamine lotion tu bagi dia lega..dan kejanya berlenggeng jela kat dalam umah...hehehehe

CraWLinG in tHe CaR

skang ni lau nak jalan jauh sket kena clearkan kat tempat kaki tu..sebab dia takleh nak dok dediam da atas riba..dalam carseat lagila..xsampai 5 minit dia da menjerit-jerit macam nak keluar anak tekak...so, everytime dia da serba tak kena, letak je kat bawah tu..kemain sonok lagi dia main...lau dulu asal naik keta je, mula la nak tido..skang ni sekt nye payah nak bagi tido dalam keta...haih~











SiTTiNg oN His OwN

da pandai duduk -- yeay~!!! sebenarnya before ni pun leh, tapi dia lagi suka menyandar je..skang ni baru rajin sket duduk...time rajin, tegak je duduk...time malas, menyendeng sampai berbaring balik...kalau pegang barang, suka main sambil duduk skang...pastu mula la keluar ntah apape perkataan dari mulut dia tu...

EnJoYiNg T.V

sangat suka tengok tv...tapi pandai pulak pilih cite apa yang dia suka..paling takleh tahan lau tengok berita..sebab kan everytime pembaca berita tu bercakap, dia start la gelak-gelak la, senyum-senyum la..as if pembaca berita tu tengah cakap ngan dia..hahahaha..pasan betul...gambar belah kiri yang posing x ingat tu dia dok layan "My Babysitter is a Vampire"...ntah apa yang best sangat ntah...gamba belah kanan, macam biasala masa layan "Upin & Ipin"...siap gelak kemain...


HiS TeeTHs

sudah tumbuh gigi pertama masa masuk 7 bulan aritu...skang on da way gigi kedua pulak...dua2 kat bawah..gigi atas takde nampak sebarang tanda lagi..hehehe...disebabkan ini budak sudah ada gigi, masa nak bagi minum susu adalah sangat menakutkan...huhuhu...sebab da beberapa kali kena gigit sampai sakit pale menahan sakit...tapi so far, alhamdulillah..masih boleh bertahan...dia akan gigit apa-apa je yang kat tangan dia..tak cukup camtu, dia tarik tangan mummy lak gigit...menda makan sume dia gigit-gigit camtu je..geram je kekadang tu...


LoNg HaiR

rambut da mula panjang, tapi masih tak lebat...heheheh..masa ni baru lepas mandikan dia, then terpasan rambut sipeky..time amik gambar, pandai lak posing camni...hehehe...geram je...takpela rambut dia tak lebat pun, takdela pening-pening nak pikir nak gunting style apa lak kan...hehehe...tapi hobi main pintal-pintal rambut masa minum susu time nak tido masih kekal sampai skang...


 

Syed Naufal al Junid

 cepat je sudah besar la kamu ni...rasa macam baru sangat mummy lahirkan kamu...memula lahir dulu, kamu kecik sangat...mummy boleh susukan kamu dengan sebelah tangan je pangku kamu...skang ni kalau sebelah tangan tak leh nak buat apa dah..dulu kamu ni suka sangat tido, skang ni dah susah dah nak suh tido..kecuali time betul-betul ngantuk..tapi asal terjaga je terus la kamu tu meniarap...

tapi, mummy tetap sayang kamu...sampai bila-bila....















Wednesday, January 4, 2012

Rabu Tanpa Kata~


kejap je Naufal da besar
da pandai gelak, ketawa, menangis jerit-jerit
da pandai makan, minum, gigit-gigit
da pandai meniarap, bergolek-golek

rasa macam baru semalam
dok usap-usap perut yang bergelombang malam-malam
dok pikir-pikir camnela tanda nak bersalin
dok gaduh-gaduh ngan encik Walid nama apa nak letak

rasa macam baru semalam
pertama kali cium dia lepas keluar dari perut ni
pertama kali dukung dia masa sedar dari bius
pertama kali susukan dia dalam kekok-kekok tak reti

tapi sekarang dia dah pandai macam-macam
pandai mengamuk kalau tak dapat
pandai ketawa kalau diagah
pandai menangis kalau kena marah
pandai senyum bila hati mummy susah

semalam, setahun, sepuluh tahun, seribu tahun
perasaan mummy masih macam ni
masih rasa macam -- baru semalam
sebab tu sayang mummy xpernah padam

eh, kan nak buat entry tanpa kata
kenapa lak mummy banyak cerita...???

ok bai~

Tuesday, December 6, 2011

3 rasa

Bubur nasi

.

.

.

.

.

Steamed carrot

.

.

.

.

.

.

Steamed fish

.

.

.

.

.

.

Naufal's first meal~!!!


Semangkuk dia abeskan..tak sempat mummy nak tumpang rasa..pas mkn terus lena..


Pasni kena blaja masak memacam jenis bubur nasi pulak la..


Ok bai~


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 1, 2011

wordless thursday

Bole?


See those eyelashes ------ wordless..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 25, 2011

NauFaL iS cuRRenTLy 5 MonThs~

hello hello~

hehehehe *gelak dulu* rasa macam kelakar ada, macam tebiat pun ada...ah, tapi ada aku kesah..??? sebabnya tak penah-penah aku menaip entry pasal milestone si Naufal ni, tapi tetibe arini rasa macam nak menaip la pulak...sebab hari ni Naufal da masuk 5 bulan..yeay~!!!

sekejap je kan da 5 bulan...rasanya macam baru lagi pegang dia yang kecik halus bebenor masa baru lahir dulu...macam baru lagi dok berpantang tapi macam tak pantang sangat kat kampung...rasa macam baru lagi nangis-nangis sedey-sedey masuk keja and anta dia ke umah MakLong...rupanya da 5 bulan da anak bujang ai   *ceh..baru 5 bulan da panggil anak bujang...over tau mummy~*

so..nak la jugak share sket milestone Naufal sempena dia 5 bulan ni...kira borong abesla ye daripada 1 bulan sampai skang...hehehehe

  • setat pandai meniarap masa umo dia 3bulan setengah...dalam 2 minggu lepas anta ke umah babysitter nye..agaknya sebab keliling dia sume nye baby yang da pandai merangkak, memanjat dan berdiri maka wujud ketakpuashatian di situ...
  • pantang shaja diagah, akan ditayanglah gusi yang takde gigi itu...sangat suka ketawa walaupun kekadang takde keluar suara pun...dan sangatlah peramah ngan orang...pantang ada orang agah, senyum kemain lagi

  • sudah pandai pegang botol susu sendiri walaupun selalunya lagi suka melekat dengan mummy berbanding minum guna botol sambil baring kat bawah...tapi setakat ni Naufal takde masalah untuk minum guna botol -- of coz la susu mummy walaupun guna botol --

     
  • telah selamat dibotakkan pada hari raya aidilfitri yang lepas..yang sedey nye rambut dia masih lagi halus-halus manja gitu...takde lebat pun padahal masa lahir dulu lagi la jarang rambutnya..tapi suka sangat muka dia masa botak camni

  • keinginan untuk makan adalah sangat terlampau membuak-buak ye...dan disebabkan ini da banyak kali mummy dipaksa mendengar diberi ceramah percuma oleh opah Naufal yang suruh mummy bagi dia makan...in fact, mummy dah test pun bagi Naufal makan puree kentang ngan carrot..tapi seminggu je bertahan pastu dia takmo sudah...akan disambung bila dia dah 6 bulan nanti
  • tapi lau kat kedai makan, selagi mulut dia tak disuap mula la dia keluarkan suara dia yang sangat lunak merdu itu...huhuhu...encik Hasben la yang suka bagi Naufal cuba rasa macam-macam..lau ikut mummy memang idak le~

  • hobi adalah suka bermain dengan stereng kereta...pantang masuk kereta, itu la yang sibuk nak dicapainya dulu...encik Hasben memang suka bagi dia pegang-pegang stereng tu tapi lepas tu bergaduhla nak suruh dia lepas...padan muka, sape suh bagi...

     
  • dan ini adalah aktiviti kegemaran si kecik Naufal ni ye...memula dia akan bergelak-gelak ketawa sambil masukkan jari-jemarinya dalam mulut..lepas tu mulala sesi angkat-angkat kaki...then --- zupp!!! terus je masukkan kaki dalam mulut..kalau pakai stokin, dia tarik dulu stokin sampai tercabut, then baru masukkan dalam mulut...haih~
  • ops...ini bukan bermakna Naufal mau adik lagi ye...sebab dia pun masih dalam tahap adik...hehehe...ini mungkin disebabkan beliau baru menyedari yang beliau mempunyai sepasang kaki...hehehehe

  • bermula bulan ini jugak dia dah mula simptom-simptom stranger anxiety...huhuhu...teramatla manja mahu melekat dengan mummy sahaja...kalau dia da mula menangis, encik Hasben pujuk pun dia dah tak mo...nasib baikla encik Hasbenku itu kretip, ada je menda dia wat untuk tarik perhatian budak tecik ni sementara mummy menunaikan panggilan alam apa-apa yang patut...
  • anta kat BS pun sama jugak..bila mummy letak je atas tilam n mau bangun, terus je dia nangis-nangis..bila mummy dok balik barula dia diam, senyum-senyum...pandai da si tecik ni...belum pandai nak jalan lagi, lau tak mau ada yang berkejar-kejar kat umah BS kang...


dan itula sahaja setakat ini...dia dah tau siapa nama dia..lau orang panggil nama dia, laju je dia menoleh..hehe..belum pernah demam dengan teruk setakat ni, just panas sket-sket je..bila tuam ngan tuala basah cepat je kebah...

mummy jugak masih rajin dan perlu untuk mengepam setiap masa terluang untuk bekalkan si tecik ni makanan yang berkhasiat -- susu mummy la tu..alhamdulillah...lama da tak campur FM, last masa Naufal 2 bulan dulu...insya Allah diberi kemampuan sampai Naufal umo 2 tahun nanti...

*gamba ihsan incik gugel*

dan skang da upgrade ke Medele FreeStyle...aci tak update skali ngan Naufal punya milestone?? hehehe...alhamdulillah...nak kata susu meriah melampau-lampau tu idakle..tapi masih ada rezeki Naufal sehingga ke hari ini...reason nak upgrade sebab nak cepat dan mudah je...hehehe...dan sebab FS ni mahal maka motivasi untuk mengepam adalah lebih tinggi...

till then~

my LoVeLy...

Wordless Friday...


Bole?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 9, 2011

SpecTra 3 uNTuK diJuaL~!!!! -- SOLD!

 hello hello~

wah...setelah sekian lama menyepi sebab takde mood nak menaip akhirnya aku menaip jugak...hehehe...ada ke yang dok tertunggu entry daripada aku ni...ceh..perasan...huahuahuahua~

sebenarnya entry kali ni just nak pomot kan breastpump ni....nak letgo sebab da upgrade ke breastpump yang baru...di samping mengekalkan penggunaan medela swing ku yang sangat-sangat berjasa...muahxxx....

okeh...aku nak let go breastpump Spectra 3 ni...beli masa bulan 9 yang lalu sebab desperate nak pakai yang double pumping, then bila ada duit lebih terus je aku sambar pump yang menjadi idaman kalbu...then rasa sayang la pulak sebab baru sebulan je pakai pump ni...tu yang aku ingat nak letgo je...aku beli masa tu full set skali ngan extra breastshield adalah dalam RM388 macam tu la...so, ditolak dengan susut nilainya, aku nak let go s3 ni dalam RM330 sahaja (termasuk postage)...ada tak sesape yang berminat?? meh aku letak gambar sket...

Spectra 3 dengan 2 breastshield -- bolehla nak buat double pumping

motor pump -- kotak pun cantik lagi tau

aku bagi breastshield baru sbb takkan nak jual yang aku da pakai kan

tengok...warranty pun ada banyak bulan lagi -- rasanya s3 ni warranty setahun lau xsalah

so..lau korang berminat, or ada kengkawan yang berminat sila-sila la email aku ye di nadmisz210@gmail.com...lau yang ada no phone aku tu leh je sms aku...ataupun yang ada kenal aku kat FB leh PM aku jugak k...

oh ye, kalau ada orang yang nak tau samada hasil menggunakan medela swing, s3 ataupun pump terbaru ku tu ada beza atau tidak --- jawapan aku, SAMA je meyh~ cuma bila guna double pumping ni menjimatkan masa la kalau pump time keja kan berbanding single...sila ingat ye, jenama pump bukan penentu-ukur penghasilan susu untuk si manja...yang penting adalah konsep demand & supply tu sendiri...

okey...itu saja entry buat kali ini...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::