Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Thursday, November 20, 2014

Antique Bakery No. 19 -- 05::Orang Ketiga

25 Februari 2005@10.48 malam
Villa Adams

Komputernya direnung dalam-dalam. Butang refresh juga sudah berkali-kali ditekan. Namun tiada emel baru yang diterima.

Laman web yang biasa dikunjunginya juga tidak dapat diakses. Sedang dalam pembaikan. Hidupnya benar-benar kosong kini. Hampir 2 minggu Aryanna tidak dapat dihubungi. Kevin berbaring di atas katil, tidak berniat untuk menutup komputernya.

Ting tong!

Kedangaran loceng rumahnya berbunyi. Pastilah Rachel. Suara lelaki selain Rachel menarik kakinya untuk turun ke ruang tamu.

Rachel.

Rachel yang sedang bergelak-ketawa dengan seorang lelaki berkulit putih, berambut hitam dengan hujungnya diwarnakan sedikit biru, menoleh.

Abang.

Kevin melangkah menghampiri keduanya. Rachel tersenyum gembira. Sudah lama dia berkira-kira untuk memperkenalkan Daniel kepada abangnya. Namun Kevin kelihatannya tidak begitu senang kali ini.

You must be Kevin, Rachels twin.

Sengaja Kevin tidak menyambut huluran tangan teman Rachel itu. Sebaliknya dia melangkah untuk berdiri di sebelah Rachel.

Abang, meet my friend, Daniel.

Daniel Keith. Just call me Dan.

Sekali lagi Dan menghulurkan tangan. Kali ini Kevin menyambutnya, walau dengan roman muka yang tidak begitu manis. Kevin seakan pernah melihat wajah itu, namun dia lupa di mana.

Kevin Adams.

Daniel senyum, mengalihkan pandangan ke arah Rachel. 

"Ada apa datang sini? Masuk rumah perempuan dengan sedar tanpa tahu ada orang lain atau tidak di sini."

Rachel perasan nada tidak senang dalam pertanyaan Kevin. Dia bangun dan memegang lengan abangnya.

"Kev, Rachel tahu abang ada kat rumah. Sebab tu lah Rachel berani jempuat Dan masuk."

"Abang tak suka Rachel buat macam ni."

Kevin bangun, dan berjalan naik ke biliknya, beberapa minit sebelum Rachel kembali dengan muka yang merah menyala.

Abang tak patut malukan Rachel macam tu.

Siapa yang malukan siapa, Rachel?

Rachel mendengus. Dia memeluk tubuh, menzahirkan rasa tidak puas hati atas tindakan abangnya.

Abang tak pernah kenal dengan dia. Tiba-tiba malam ni Rachel bawak dia masuk rumah. Jadi kenapa Rachel nak marah?

Dahi Rachel berkerut mendengar kata-kata Kevin. Dia berdiri berhadapan dengan Kevin sebelum berkata-kata.

Tak pernah kenal? Setiap malam Rachel bercerita dengan abang pasal dia. Setiap malam. Semua gambar kami Rachel dah tunjukkan pada abang. Malah abang sendiri yang cakap nak jumpa dengan dia. Sekarang abang nak salahkan Rachel?

Kevin terdiam.

Betulla apa yang Adelia cakap. Abang dah berubah. Sekarang ni, abang tak pernah peduli apa yang Rachel beritau abang. Abang tak pernah dengar apa yang Rachel cakap. Abang sibuk sangat dengan komputer abang tu. Jangan sampai abang tak pernah ingat yang Rachel ni adik abang!

Dum!!!

Berdentum bunyi pintu itu ditutup secara kasar oleh Rachel. Kevin terduduk di birai katil, maraup mukanya.

Betulke apa yang Rachel cakap tadi? Kenapa aku tak ingat apa-apa pasal Daniel?

Sebuah keluhan dilepaskan. Ini adalah kali kedua dia bergaduh besar dengan Rachel. Kali pertama mereka bertengkar adalah semasa di sekolah menengah dahulu. Sejak itu, dia berjanji tidak akan bertengkar lagi dengan Rachel.

Apa yang aku dah buat ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::