Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Sunday, December 23, 2012

2 Cerita 1 Entri


penah tak, satu masa korang bercakap tentang orang tu -- macam tu lah, macam ni lah..tapi menda tu belum lagi jadi kat batang idung korang...and bila sampai masanya korang yang alami menda tu, sure rasa macam nak menyorok dalam almari..masa tu baru teringat peribahasa dulu-dulu -- paku dulang paku serpih, kata orang, awak yang lebih...hehehehe...contoh dia lebih kurang macam ni la...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boss: Awak ni asyik nak cuti je..kerja kan banyak...

Pekerja:  Bukan saya sengaja tuan..saya tau kerja banyak, tapi anak saya tak sihat...dia kalau tak sihat, meragam sikit..taska pun susah nak handle..

Boss: Habis tu, minta la suami awak cuti..takkan awak nak kena cuti lama..

Pekerja: Suami saya outstation tuan..lagipun minggu lepas dia dah cuti, jadi minggu ni saya la pulak cuti...

Boss pun menarik muka masam, dan berjalan meninggalkan si pekerja terpinga-pinga...sempat pekerja itu menangkap rungutan Boss pada rakan sejawat yang lain..tentang dia yang terpaksa bercuti semata demi menjaga anak yang tidak sihat..

sampai satu saat, Boss tadi menerima ahli baru dalam keluarga...setiap hari diceritakan tentang si kecil yang baru melihat dunia itu..masuk umur si kecil 3bulan, Boss semakin sering bercuti..

Pekerja: Tuan, semalam saya nak hantar report tapi tuan takde..hari ni nak kena submit tender ni..minggu lepas pun saya cari Tuan takde...

Boss: oh, semalam saya cuti kecemasan...anak saya kembung perut...yang minggu lepas tu, saya cuti sebab anak saya muak susu...

------------------------------------------------------------------------------------------------------


kadang-kadang dalam tak sedar, apa yang buat, apa yang kita cakap sebenanrnya menyinggung perasaan orang lain...

sebenarnya mami teringatkan mak mami...cerita kat atas tu sekadar selingan je..mak mami ni selalu call mami masa kat ofis..tak pun malam masa mami sibuk nak tidurkan naufal..dalam bercakap tu, kadang-kadang ada perkara lain mami tengah tensen kan...dalam tak sedar, mami tertinggi suara dengan mak mami...tapi mak mami sikit pun tak tunjuk dia terasa hati ke, apa...dia cuma cakap -- kalau ada kerja takpela, nanti telefon semula...tapi selalunya, takde pulak dia telefon balik...mami pulak, tak reti-reti nak telefon dia...

ya Allah~

bila mami ingat balik, mami rasa berdosa sangat...sebab mami tau mami dah lukakan hati dia..dan mami sedar, melukakan hati seorang ibu itu besar dosanya...mak mami tak penah merungut setiap kali mami minta bantuan dia, tapi kenapa lah mami susah sangat nak peruntukkan masa khas untuk dia...mami sayang sangat dia...tp kadang-kadang mami rasa hipokrit, sebab tak pernah nak tunjuk pun macam mana mami sayang dia..

ampunkan akak, mak~!!

2 orang yang tak pernah berkata 'tidak' pada setiap permintaan mami
2 orang yang tak pernah meletak syarat untuk menyayangi mami
2 orang yang tak pernah penat melayan kerenah mami
2 orang yang takkan hilang dalam setiap denyut nadi mami

Saturday, December 22, 2012

Hidup Sekali Biar Beerti

siapa kat sini suka membaca..??
mami suka sangat membaca..mami mula pandai membaca masa umur 4 tahun..setiap hari, ayah mami akan belikan surat khabar untuk mami...then dia akan suruh mami bacakan surat khabar sementara dia minum teh sambil berbual dengan mak mami...kadang-kadang ada perkataaan yang mami susah nak eja/baca..ayah mami akan ejakan dan sebutkan...lepas tu, dia akan minta mami ulang semula..

antara perkataan tu ialah -- universiti dan professor...

setiap kali naik bas/kereta, mami akan eja dan baca kuat-kuat setiap papan tanda, nama jalan, iklan dan nama bangunan...kuat sampai semua orang dalam bas pernah tepuk tangan bila mami eja dan baca dengan betul..kelakar kan..??tapi mak ngan ayah mami tak pernah tegah mami buat macam tu...mak mami kata, sepanjang jalan daripada rumah kitorang ke kampung, mami tak akan berhenti membaca dan bertanya...sampai satu masa, mak mami dah tak larat nak layan, cuma iyekan saja..(yela, agak2 la kan perjalanan 4jam kot)..

masuk tadika, mami terus popular..(bajet retis pulak kan..) sebab mami antara orang yang terawal pandai membaca...mami masuk tadika masa umur 5 tahun..masa tu adalah sorang abang ni pun pandai baca...setiap kali waktu rehat, abang ni akan baca satu buku cerita..masa mami 6 tahun, mami lah yang ganti tempat abang tu membacakan cerita pada kawan-kawan yang lain...

dan semenjak tu, mami memang hantu buku...sanggup kumpul duit sebab nak beli buku..masa dulu, kat sekolah ada orang jual buku, dia akan bagi senarai buku dan harga pada semua murid..kitorang cuma kena tandakan buku mana yang nak dibeli dan sediakan duit..esoknya, serahkan senarai tu pada orang yang jual buku tu, dia akan ambilkan untuk kita dan kita bayar...jadi, masa-masa ni memang mami tunggu-tunggu setiap tahun..malam tu mami akan tanda siap-siap buku yang mami nak dan letakkan atas meja makan..sebab kadang-kadang mami dah tido, barulah ayah mami balik kerja..esoknya, selalunya, dah siap ada duit atas senarai buku tu..


sampai sekarang, mami masih lagi gila dengan buku...cuma sejak dah ada naufal ni, agak slow sikit...tapi, apa yang mami nampak, naufal macam dah mula ke arah itu juga..dia sangat berminat dengan buku...kalau bagi dia mainan dengan buku, biasanya dia akan ambil buku...kalau bawak dia pergi pesta buku or MPH, dia lah orang yang paling seronok..dia akan dekat setiap rak buku dan tengok...kalau ada buku yang dia suka, dia akan ambil dan baca..duduklah di mana pun, tengah-tengah jalan kat MPH pun pernah...hehehe...


ayah mami pernah pesan -- kalau untuk buku, untuk ilmu, dia sanggup ikat perut asalkan berguna pada kami adik-beradik...

ayah mami cuma kerja kilang...kilang tayar di Shah Alam..gaji dia pun berapa lah sangat, dengan mak mami yang tidak bekerja...ditambah dengan adik-beradik mami yang 6orang semuanya...ayah mami pula anak lelaki sulung dalam keluarga seramai 12 adik-beradik (dia yang ketujuh)...tapi dia tak pernah berkata tidak setiap kali kami adik-beradik menyatakan perlunya wang untuk membeli buku...


jadi, anak mami, hidup sekali biar beerti, sayang...buku cuma panduan, kita yang meneraju...


Friday, December 21, 2012

Perihal 5S Hari Ini

salam all~

hari ni opis mami nak buat 5S (perancangannya) tapi mami tengok cuma 4,5 orang je yang betul-betul mengikut arahan yang diberikan semalam -- pakai baju kasual untuk melaksanakan 5S...yang tukang bagi arahan pun mami tengok xde ikut arahan sendiri *facepalm*

 
- 5S yang sebelah kiri tu ok, bukan yang sebelah kanan -

korang tau ke apa 5S tu..?? sebenarnya 5S ni diambil daripada perkataan dalam bahasa Jepun -- Seiri, Setiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke...Malaysia menterjemahkan 5S sebagai -- Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal...omputeh pulak mentakrifkan 5S sebagai -- Sort, Set in order, Shine, Standardize, Systematize...kalau ikutkan maksudnya, sama je semua tu...semuanya tentang bagaimana kita patut menguruskan tempat kerja, pejabat, rumah dan sebenarnya hidup kita...


photo credit to Mr. Google

bagi mami, pelaksanaan 5S ni memang bagus..kalai ikutkan pada objektif asal dia la kan, untuk memudahkan kerja..tapi bila ditambah dengan macam-macam guidelines yang nampak menyusahkan, mami rasa tak praktikal la pulak..yela, contoh kat tempat kerja mami ni...sebelum ni, buku/penerbitan mami letakkan kat atas meja belakang mami ni secara menegak...jadi, kalau nak rujuk just tengok nama then boleh tarik..datang guidelines baru kata buku/penerbitan tu semua kena masuk dalam kotak..kotak tu pulak sikit punya payah nak bukak..mami rasa tak praktikal la menda ni, sebab melambatkan kerja...sepatutnya 5S ni kan ke memudahkan/mencepatkan kerja...entahla~

satu lagi, kalau betul-betul nak laksanakan 5S ni elokla ditegaskan..ini tak, arahkan untuk buat tapi masih lagi berterusan buat mesyuarat lain, kerja-kerja lain...sampai bila-bila pun memang tak berjaya la nak laksanakan 5S, betul tak..?? mami ni cuma orang kecil kat sini, jadi mami cuma boleh menurut perintah je la...



5S secara ringkas

p/s: petang ni nak kena buat 5S kat rumah pulak..maklumla, sebulan lepas langsung takde kat umah time weekend...asik outstation je..tambah pulak, ujung minggu ni kawan lama mami nak datang dari johor...Naufal, please behave and Walid, please get craze~!!!

Penanti Setia - Siapa dia??

semalam petang, mami rasa bosan sangat tengok nombor yang makin lama makin beranak pinak dalam komputer mami ni..so, mami buat buat la menda yang dah lama sangat mami x buat -- blogwalking...dan mami terjumpa (ataupun dijumpakan) dengan blog ni...blog kepunyaan Mohd Ashrafi (yang sumpah memang mami xkenal pun)...tapi membaca tulisan2 ashrafi betul-betul menyentuh hati mami...

ini salah satu kisah yang mami copy dari blog dia..boleh baca terus dari blog dia jugak  - Satu Permulaan -

-----------------------------------------------------------------------------------------------

PENANTI SETIA

Setiap petang dia berada di kawasan ini.

Setiap hari juga dia akan berada di sini, berlegar-legar di sepanjang terminal. Dengan tipikal identiti dirinya, berbaju T berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, seluarnya pula jenis fesyen lama yang sebenarnya saya sendiri tidak tahu harus menamakan apa. Yang pasti, potongannya berkiblatkan fesyen orang-orang lama. aksesori wajibnya pula, beg sandang yang agak berat isinya, payung besar dan juga beg plastik yang saya kurang pasti apakah isi sebenar di dalamnya. Yang selalu kelihatan, hanyalah beberapa lapis kertas dan duit. 

Dan itulah dia, seorang tua penghuni Terminal Bas Wawasan, Kota Kinabalu...

Saya sudah beberapa kali melihatnya di stesen itu. Mundar-mandir, menunggu dan mengisi masanya di tempat itu dengan mengutip bekas tin-tin aluminium yang dipenyekkan, dikumpul dan dijual.

"Boleh juga dapat duit sikit-sikit." Katanya.

Mengapa dia selalu berada di sini? Mulanya saya juga tertanya-tanya. Walaubagaimanapun, keberadaannya di stesen bas ini tidaklah menjadi gangguan malahan disenangi ramai. Dia peramah, sesiapa pun boleh ditegurnya. Yang menarik apabila, orang yang disapa pasti akan melayannya. Dia mampu membawa cerita yang sesiapa pun dapat melayan apa yang dikata. Saya sendiri pernah dan biasa berbual-bual dengan pakcik tua ini yang senang saya panggil 'uncle'. Kadang-kadang ayatnya agak 'menggugat' juga. Tapi saya tidak begitu memikirkan seberat-beratnya kerana saya faham, dia hanya mahu bercerita.

suatu hari, saya beranikan diri untuk bertanya apa sebenarnya tujuan dia berada di terminal bas setiap hari. Dan perbualan kami pun terus bermula.

"Saya mahu jumpa dia saja."

"Siapa uncle? Kenapa setiap hari pun mau jumpa?" 

"Sebab saya tak senang hati kalau belum jumpa dia sebelum saya balik. Oh itu ada bas baru sampai, mungkin di ada di sana. Saya pergi tengok sekejap ya."

Dan dia akan menghampiri bas bandaraya yang akan mengambil penumpang yang mahu ke terminal bas. Sebentar kemudian dia kembali mendekati saya. Wajahnya bernada cemas dan agak kasihan

"Belum sampai lagi. Saya tidak senang hati macam ni." Muram.

"Tenanglah uncle, duduk dulu, mungkin sekejap lagi sampailah tu." Balas saya kemudian.

Selepas itu dia hilang lagi, menghampiri bas bandaraya yang baru tiba. Tidak lama kemudian, dia datang dengan seorang wanita yang lebih kurang usianya, mereka berbual mesra seperti sudah lama tidak bersua. Ada masanya perbualan mereka diselangi gelak tawa. Sebentar kemudian, wanita itu meninggalkannya dan menaiki bas yang lain. Uncle pula menghampiri saya semula. 

"Itulah adik saya. Saya selalu rindukan dia sebab dia adik saya. Sebab itulah saya mesti mahu jumpa dia setiap masa."

Dia mengatakan sebegitu kepada saya dan berlalu dengan riak wajahnya menandakan suatu kepuasan. Saya menyoroti langkahnya yang makin jauh meninggalkan saya. Terfikir di minda tentang orang tua itu, ternyata sekali dia sebenarnya kesunyian. Dan kesunyian itulah yang membuatkan dia suka berbual dengan orang di sekelilingnya, semakin mahir membuka cerita dan juga selalu merindui adiknya. Yang pasti, dia seorang warga tua yang sebenarnya keseorangan.

Saya langsung terkenangkan ibu bapa... apa khabar mereka? 



Wallaahu a'lam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

habis membaca, mami spontan menyapu air mata...(adeh, kantoi pulak dengan member sebelah)..mami teringatkan adik-adik mami, teringatkan mak, ayah dan mak mertua mami...mami teringatkan kawan-kawan mami (yang masa belajar dulu janji untuk jadi kawan sampai mati)...tapi 2,3 hari ni, cuma ada sekali 2 kali je mami telefon/SMS mereka...

mami jugak nak diorang semua tahu -- mami sayang, mami rindukan diorang...walaupun mami jarang sekali bertanya khabar...kalaula mami secekal 'Uncle' tu....

Thursday, December 20, 2012

Sahabat ke Syurga


Sahabat Ke Syurga
Karya: Rafi Harumin


Titis-titis air yang sejak tadinya bermanik menghiasi dedaunan kini mulai menitik jatuh ke tanah. Ketika ini, ranah yang basah sedang berkongsi satu bumi dengan kawanan lopak yang sebahagiannya mulai mengalirkan air setelah beberapa lama ditakung. Ia mengalir melalui aliran yang terbentuk secara semulajadi kesan hujan lebat yang baru berakhir tadi.

Di kawasan beranda, Naim bersama tiga orang rakannya sedang berdudukan menikmati kopi yang dihidang bersama biskut kering. Itulah kombinasi terbaik sebagai bahan penghias minuman. Tidak perlulah memikirkan tentang sedap kerana gandingan itu sahaja sudah cukup membangkitkan selera.

Empat sahabat tadi masing-masing sedang berdiam. Masing-masing juga dengan gelagat sendiri. Ada yang mencicip kopi, ada yang sedang mematahkan biskut, ada pula yang merendamnya di dalam kopi sebelum dimakan. Perlakuan yang tanpa dirancang menjadi berurutan mengikut garis aturan.

Setitik air dari atap zink telah jatuh dan Hadi sempat menyambutnya. Maka memecahlah ia di telapak tangan lalu terzahir pula percikan kecil yang menitis ke mana-mana. Pada ketika itulah juga Hadi memecah jeda lalu bersuara, “Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada-Nya. Walaupun pada mulanya hujan turun dengan lebat ia langsung tidak mengganggu urusan pengkebumian jenazah, tidak juga berlaku sebarang masalah.”

Kedengaran suara lain turut menyahut mengucapkan lafaz kesyukuran.

“Seperkara lagi, aku perasan yang semasa jenazah arwah masih lagi di rumahnya, ketika itu hujan memang sedang melebat. Anehnya, ketika mulai mengusung jenazah keluar dari rumah, menjalankan upacara pengkebumian dan talkin, hujan langsung berhenti,” Sahut Rudi sambil dia menuang lagi kopi memenuhi cawan.

Kata-kata itu disambut lagi dengan angguk, mengiakan perkara yang telah dialami.

Hadi menambah, “Lebih memberikan sesuatu sebagai renungan, hujan lebat itu bersambung semula setelah kita masing-masing habis berpulangan.”

Naim mencelah, “Aku juga memikirkan perkara yang sama sejak dalam perjalanan ke sini tadi. Hendak dikatakan pelik, boleh jadi juga tetapi bukankah ini semua aturan daripada-Nya?”

Abdul yang sejak tadi hanya mengangguk langsung bersuara, “Perihal yang kalian ceritakan juga merupakan perkara yang aku sedang fikirkan. Barangkali ada sesuatu yang Tuhan hendak tunjukkan kepada kita mengenai arwah.”

“Amran, kenangan bersamanya tidak akan aku lupakan,” Sambung Rudi.

Mereka berdiam lagi, Rudi sambil terkumat-kami masih sempat menambah air kopi. Ternyata dia merupakan seorang pengopi tegar. Naim ikut sama menuang. Abdul tidak berbuat apa-apa manakala Hadi tetap dengan duduknya di sana melayan titisan air dari zink. Jiwanya bagaikan sedang berbicara dengan saki-baki air hujan yang belum sempat mencium permukaan tanah, tempat kembalinya manusia setelah jasad berpisah dari nyawa.

“Serius, aku tetap menganggap Amran masih ada! Naim, cuba kau tampar pipi ini, aku sedang bermimpi sekarang ini, bukankah begitu?”

Rudi dengan kedua tangannya sedang menggoncang bahu Naim yang duduk di sebelah, bersungguh-sungguh untuk kononnya disedarkan dari mimpi buruk. Naim menggeleng dan mengeluh, ditepisnya lengan Rudi sambil dia sendiri mulai mengesat mata.

“Sebentarlah, mata aku pedih masuk habuk!” Jawabnya penuh dalih.

Abdul berpaling dari tempat asalnya. Dalam diam dia sendiri curi-curi mengesat mata. Hadi tidak kurang perlakuan. Basah sisa titisan hujan di telapak tangan langsung diusap ke wajahnya, dibasahkan ke seluruh permukaan, berulang kali dan dilebihkan di bahagian mata. Rudi yang paling berterus-terang membiarkan sahaja empangan matanya pecah. Sedu-sedan mengisi aliran air mata. Ternyata, dalam banyak hal dialah yang biasanya mendahului dalam melakukan, setelah itu barulah dituruti oleh rakan-rakan yang lain.

Tidak lama kemudian Abdul yang tadinya beralih posisi kembali ke kedudukan asal lalu membuka cerita, “Aku ini sangatlah rapat dengan Amran. Dalam kebanyakan waktu, kisah hati ke hati kami selalu berkongsi bersama. Ya, kami sangat dekat.”

Langsung Hadi menoleh, “Kau sahajakah? Aku dengan Amran apa kurangnya? Apa kalian telah lupa bahawa aku dengan arwah pernah tinggal bersama? Nah, tentu-tentunya cerita yang aku kongsikan bersamanya lebih banyak!”

Seketika, dua orang yang berbalas kenangan sebentar tadi terus berpandangan. Masing-masing saling merenung tanpa berkedip, tanpa bersuara, umpamanya ada sesuatu yang mahu dipertahankan.

‘Jadi, itu sahajakah yang kamu berdua ada untuk dibangga dan dikongsikan?”

Mata-mata yang saling bertentang tadi terganggu dek celahan suara seseorang. Rudi. Ya, Rudi sudah memecah kebuntuan. Dengan suara yang sedikit menempik sebenarnya yang membuatkan Hadi dan Abdul kaget. Mereka kini bertukar perlakuan apabila masing-masing pula memandang ke arah Rudi yang kelihatan seperti sudah tidak sabar mahu meluahkan sesuatu.

“Tidak perlu kalian hendak bermegah, aku sendiri punya pengalaman indah bersama arwah untuk dikenang. Kisah yang ini mungkin kamu semua belum mengetahuinya. Setahun yang lalu, selepas hari raya, Amran sendiri telah berjumpa dengan aku atas tujuan mahu memeriksa hasil karangan yang aku tulis. Sepuluh halaman, setiap helaian diperiksanya dengan teliti berserta komen yang membina...”

“Itu sahajakah?” Serentak dua orang tadi memotong.

Merah wajah Rudi apabila kisahnya bagaikan sekadar kenangan biasa-biasa. Dia menjawab, “Itu sahaja sudah cukup bagus. Terbaik pula, karya yang diperiksa itu menang dalam pertandingan yang disertai. Semua itu atas tunjuk ajar arwah Amran, rakan penulis kita!”

Hadi mencebik, “Karyamu menang setelah diubahsuai oleh arwah.”

“Tidak, itu tidak bagus...” Abdul semakin memanaskan keadaan. Geleng-geleng sekali dua yang dilakukannya sangat menjengkelkan.

Kedengaran dengusan keras daripada Rudi. Matanya kini sama merah dengan wajah yang sejak tadi memang menyala. Terlihat juga dadanya berombak-ombak ditekan oleh nafas, angin-angin kemarahan.

“Dengar sini, hasil tulisanku telah dibaca oleh arwah Amran sepenuhnya. Bukan sekali imbas, tidak juga sekadar membaca awal perenggan, tengah dan penghabisan. Setiap halaman, beliau teliti lalu menurutnya cerpen aku siap untuk dipertandingkan. Hanya sahaja ada beberapa bahagian yang ditegur dan diberikan cadangan sebagai penambahbaikan. Tetap karyaku dan ia menang. Apa masalahnya dengan kamu?”

Senyap seketika.

“Dengki?” Rudi menambah lagi.

Habis berkata, Rudi menghembus nafas sepanjang-panjangnya yang ditarik dalam-dalam bagaikan mahu melepaskan beban geram akibat diperlekehkan. Abdul senyap, Hadi turut berdiam, Rudi apatah lagi. Dia kelihatan penat seteah berusaha menyeimbangkan antara amarah dengan perbincangan bersama sahabat. Dalam masa yang sama masih tidak mahu dilihat kurang berbanding yang lain.

Tiba-tiba Naim berdiri, menuju ke bilik. Beberapa minit kemudian dia keluar semula membawa beberapa keping gambar dan sebuah buku nota. Duduk semula, Naim yang membisu sambil memerhatikan debat tiga serangkai tadi kini mengambil giliran menyampaikan hujahnya.

“Baiklah, kalian sudah puas berbanding-banding bukan? Atas dasar sahabat dan juga tuan rumah, tibalah giliranku untuk bersuara. Amran, sahabat kita baru sebentar tadi dikebumikan dan kini menjadi penghuni barzakh, pergi meninggalkan kita yang masih bernyawa.”

“Sepatutnya pemergian sahabat kita yang baru sebentar tadi berlaku itu kita hormati, bukannya dijadikan bahan pertelagahan.”

Tiga serangkai itu mengangguk. Naim berdehem lalu berkata lagi, “Sepertimana yang kita tahu, Amran berpengetahuan luas dalam hal ehwal penulisan dan bahasa. Kita berempat pula pernah berguru dengannya. Apapun, aku mahu kamu semua lihat gambar-gambar ini, semuanya gambar semasa aku menyertai arwah ke majlis dialog berkaitan penulisan. Arwah merupakan antara panelnya. Gambar yang ini pula semasa arwah menerima anugerah sastera. Yang lain kalian lihat sendiri dan nilaikan.”

Rudi, Abdul dan Hadi bersama-sama menatap gambar yang diberikan. Rudi paling ketara riak terujanya. Dia melopong tatkala melihat satu persatu gambar, terutamanya gambar Naim bersama Amran mengangkat sebuah piala. “Mengapa aku langsung tidak tahu mengenai ini?” Soalan Rudi disertai dengan anggukan laju Hadi dan Abdul yang serentak berkata, “Kami juga tertinggal!”

Sederhana balasan Naim, “Hal begini bukanlah suatu keperluan untuk dihebahkan. Sebenarnya aku hanya terlibat sebagai pengiring selain mengambil kesempatan menadah ilmu dan pengalaman. Andai perkara begini sudah dianggap besar, rasanya ada hal lain yang lebih besar berbandingnya. Oleh itu, apa sangatlah yang perlu aku banggakan?

Rudi menunduk seketika. Abdul dan Hadi telah berhenti membelek gambar yang diberi. Ketika ketiga-tiga mereka beralih mata memandang Naim, terbitlah kata-kata seterusnya daripada tuan rumah.

“Beberapa hari sebelum peristiwa hari ini, arwah sempat berpesan kepadaku meminta pesanannya disampaikan juga kepada kalian. Menurutnya, sekiranya kita benar-benar mahu mengikut jejaknya menjadi penulis, teruskan langkah itu, jangan berhenti dan fokuslah kerana hal ini bukannya sesuatu yang sekadar untuk dicuba-cuba. Menulis biarlah serius, fokus dan sebarkan segala hal yang baik-baik sahaja.”

Melungsur pertanyaan daripada Abdul.

“Naim, apa maksudnya dengan menyebarkan segala yang baik-baik sahaja? Bukankah sebagai penulis itu, sekiranya hendak menulis beliau perlu mengetahui banyak perkara? Lebih penting, boleh menulis mengenai semua. Maksud aku, semua jenis cerita?”

Hadi mencelah, Sebentar. Ini pendapatku pula. Tahu banyak perkara itu sesuatu yang penting. Boleh menulis banyak jenis cerita pula merupakan satu kelebihan, tetapi...”

“Tetapi, tidak semestinya boleh menulis semua jenis cerita itu bermakna, halal baginya untuk menulis apa sahaja!” Rudi menyambut bicara Hadi yang tergantung, lantas mereka saling bertentangan dan berbalas senyum.

Naim menyambung lagi, “Begitulah yang diceritakan. Arwah juga ada berkata, bukan tugas seseorang penulis untuk membuka aib ataupun cela seseorang, apatah lagi ia bakal berlanjutan menuju kepada fitnah, caci dan umpatan. Sesungguhnya kita tidak sekali-kali punya hak berbuat begitu.”

“Tulisan-tulisan kita, hendaknya janganlah ia menjadi himpunan risalah menuju ke neraka.”

Rudi menghabiskan ayatnya dengan gelengan yang bertalu-talu.

Abdul terus menadah tangan, Tuhanku, semoga apa yang kami pelajari, akan kami tulis dan sebarkan kebaikannya. Amin, amin...”

Automatik keempat-empat sahabat itu meraup muka, tangan mengusap wajah. Sunyi seketika sebelum Hadi berkata.

“Naim, rasanya tidak pernah Amran menyampaikan pesanan sebegini kepadaku.”

Naim tersenyum, “Barangkali tidak berkesempatan. Tidak mengapalah, apa yang aku sampaikan ini semuanya pun semuanya atas permintaan beliau juga supaya ia sampai buat kita. Sambil itu, ambil peluang ini untuk kita sebarkan kepada yang lain, mudah-mudahan kita mampu mengikut jejak beliau, menjadi sebaik-baik sahabat di dunia dan akhirat.”

“Sahabat sampai ke syurga!” Tiga serangkai itu menyahut.

“Jujur, aku sangat merinduinya,” Ujar Naim.

Bicara mereka berakhir dengan pandangan menghala ke arah pusara...

kredit to Suatu Permulaan

Orang Ada, Aku Pun Nak Jugak La Kan

pagi ni nak quick update jugak..hehehe...da start menulis ni, memang la rasa nak menulis je ha..(kalau tak, bersawang je blog ni kan..???)

ujung minggu ni, mami nak buat misi baru..sebenarnya, skarang ni banyak sangat tudung/shawl yang cantk-cantik di pasaran kan...?? tapi harganya, mak datuk, mami rasa belum mampu lagi nak spend duit bebanyak..sebab nye, kalau dah namanya tudung/shawl tu, harusla membeli lebih daripada sehelai kan..takkan nak beli sehelai je..walaupun kepada ada satu je, tapi hari ada banyak...hehehe..(alasan untuk mengaburi mata Walid)

dijadikan citer, adalah sorang kawan ni post pasa shawl ni dalam FB..memang mami berkenan..lagi pulak skarang ni kan ke fesyen colour block ni..kombinasi kaler pun cantik..

credit to terbaikdariladang.com

cantik kan kaler dia...(yang memakainye tu pun cantik)...mami ingat, ujung minggu ni nak ajak Walid ke Jakel or Nagoya...nak mencari kain rupa itu, pastu balik jahit sendiri..belum penah buat lagi, tp nak test...kalau menjadi, lepas ni xyahla mami sibuk nak mencari penjual lagi...hehehe...Walid pun boleh request nak panjang mana, labuh mana or kaler apa...

hari tu tengok ada sorang membe ni post tutorial jahit shawl ni dalam blog dia..nak kena carigali balik la..

tapi menjadi atau x, kenala tunggu ujung minggu ni...doakan yang terbaik~

Prihatin ke Tidak..???



satu hari, lepas hantar Naufal kat umah MakLong, dalam lif...

Budak Comel: Mama...bau busuk la...

Mama: Ish, kamu ni..duduk diam-diam di situ..

mami tengok, budak comel tadi terdiam...takut agaknya kena marah..lama dia diam, sambil tangan kejap-kejap tutup hidung...lagi 2tingkat nak sampai ke G floor...budak comel ni macam nak termuntah...disebabkan lif tu kecik je, maka semua orang perasan la kelakuan budak comel ni.

Mama: Adik, kenapa buat macam tu..kan ramai orang dalam ni..tak elok la..

Budak Comel: Tapi...busuk...adik tak tahan...

sempat mami nampak tangan mama dia mencubit halus lengan si kecik tu..erm, kesian dia..

sampai je kat G floor, budak comel tadi terus lari keluar...kesian mami tengok...sebenarnya mami pun dah dekat biru muka menahan nafas sejak masuk lif dari tingkat 8 tadi...orang lain pun nampaknya lebih kurang macam mami jugak...last sekali, keluarlah sorang akak ni dengan bakul yang boleh tarik tu (ala, yang orang bawak pegi pasar tu)...penuh bakul tu dengan sampah..mami tengok macam-macam jenis sampah ada..dengan bungkusan makanan, plastik, kotak, botol, pampers, memacam lagi la...

mami rasa semua orang dalam lif tadi rasa apa yang Budak Comel tu rasa, tapi takde sape pun yang nak menegur..(termasuklah mami jugak)...budak-budak kan, manala pandai berbohong..cuma yang mami kesal, sebab kita terlalu nak jaga air muka orang, budak sekecik tu pulak yang kena marah...erm~

itula fenomena hidup kat flat/apartment kan..?? tapi pada pendapat mamila, kalau nak buang sampah tu pilihla waktu yang sesuai...maksudnya jangan la masa orang nak pegi keja/sekolah pagi-pagi tu, kau bawak masuk seplastik sampah kau stok seminggu punya...bau dia, da konfem2la harum sundal malam kan...or petang2 time orang balik keja/sekolah..penat-penat, alih-alih masuk lif semerbak bau sampah...atau kalau memang itu je masa yang ada untuk buang sampah, eloklah kalau sampah tu dibuang secara harian..kurang-kurang baunya takdela menyengat sangat...

kadang-kadang, nak kata orang sekarang ni tak prihatin macam tak kena..tapi bila kena macam ni, prihatin ke...???

Wednesday, December 19, 2012

Naufal - Setahun Setengah Sudah Berlalu

Salam sayang semua~

hadoih...nampak sangat bersawang belog ni..daripada Naufal umo 10 bulan terus lompat ke setahun setengah...mami memang agak bizi sket lately..orang lain ni, ujung-ujung tahun mengabiskan cuti, pegi berjalan sana, berjalan sini...mami duduk kat opis jela, mengabiskan kerja-kerja yang tetiba muncul dan yang pending pun ada jugak...hahahaha~

Minum Susu

alhamdulillah~

Naufal sekarang dah setahun setengah...masa umo dia setahun 4bulan hari tu, mami saje perkenalkan dia dengan susu Dugro (sebab anak kawan mami minum susu tu, ok je..before tu, dia pun xmo minum susu tepung jugak)...disebabkan Naufal suka sangat makan buah and sayur, mami belilah susu Dugro yang ada campur buah and sayur tu..beli peket kecik je, sebab takutla kalau-kalau Naufal tak nak kan...

Inilah dia susu Dugro Naufal tu (nampak tak Fruits&Veg tu)

Petang tu masa amik Naufal kat umah MakLong, dia bagitau Naufal dah minum 2botol susu ni..wah, kagum kejap..pastu macam "eh, anak aku ni minum dalam botol balik ke..??" tapi MakLong dia cakap, Naufal bukan minum dalam botol, dalam cawan pun bukan...dia minum dalam botol straw dia tu..laaaa, bertuah betul budak ni...tapi tak kisahlah, asalkan dia mau minum susu...tapi, susu ni cuma beli untuk letak kat umah MakLong saje, sebab kalau kat rumah memang dia taknak sesungguhla minum susu dalam botol straw ke, cawan ke, botol susu apatah lagi...dia mau susu mami saje...(bangga jap..kau ado..???hahahahah)


Berjalan/Berlari

haaaa, amik ko...masa umo 10bulan dulu pandai melingkar jela..skarang da setahun setengah, haruslah dah pandai berjalan kan...usahkan berjalan, berlari, berjoget sume boleh dah..alhamdulillah~ Naufal ni kategori lambat jugakla...dia mula meniti masa umo 10bulan lagi, tp betul-betul berjalan masa umo 14bulan...ala, setahun 2 bulan la..korang ni, tu pun malas nak mengira...hehehehe...



jadi, kalau sekarang nak supermarket kena cepat2 cari troli..bagi dia duduk dalam tu (kalau mood dia baik la)..kalau tak penatla nak mengejar dia ke sana ke mari...dah pandai jugak, pantang nampak mainan yang kena masuk duit tu, sibuk nak naik...tapi yang bestnya, asalkan dapat naik, xmasuk duit pun xpe..hehehe..bagus Naufal ni (selamat duit mami...ahaks~)


Jalan-jalan Cari Makan
walaupun pada mami, Naufal ni termasuk dalam kategori picky eater, tapi kalau letak dia kat umah MakLong or kat umah Opah, Naufal adalah budak yang sangat senang nak makan...suaplah apa pun (even ubat sekali pun) dia akan nganga mulut luas-luas...sehari dekat 4,5 kali dia makan...tapi kalau dia duduk ngan mami, memangla sangat memilih anak bujang ni...kalau dia geleng tu, janganlah suap..sampai sudah dia takkan makan...tapi kalau dia nak, selagi tak dapat selagi tu la dia jerit - naaaaak! naaaaak! naaaaak! (sambil tangan sebelah tunjuk kat makanan tu, sebelah lagi tarik-tarik baju mami)...




Naufal dan Air
nak kata beranak dalam air (feeling wife angkasawan negara la pulak) takdela pulak..tapi Naufal dengan air memang tak boleh dipisahkan...asalkan ada air bertakung, dia mula la sibuk nak...kolam renang ke, laut ke, sungai ke, parit ke, bilik mandi ke, lecak air pun jadi...memang dia akan sibuk nak main...dia memang jenis yang tak takut air...kekadang risau jugak, tapi taknakla pk yang bukan-bukan..selagi daya, layankan aje la dia nak main air tu...besar sikit nanti, mami antar pegi belajar berenang.. (mami pun xreti berenang)




apa lagi nak cite pasal Naufal ni ek..panjang sangat dah ni...nanti2 ada orang menyampah pulak..ala, stendet r mak-mak...sure suka nak citer pasal anak sendiri kan..hehehe..macam mami la...

erm, ok la...nanti lenkali mami sambung (harap2 bukan bila Nauufal dan 2tahun lebih pulak)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::